Kulit Buku karya guru Bahasa Melayu SMKCJ

Kulit Buku karya guru Bahasa Melayu SMKCJ

Cerita Cikgu-cikgu

Cerita Cikgu-Cikgu
Afrisa My & Umie Maisarah
Harga Semenanjung: RM18.90
Harga Sabah/Serawak: RM21.90
ISBN: 978-967-5367-98-4

Cerita Cikgu-cikgu menghimpunkan kisah-kisah remaja dalam kaca mata guru yang penuh warna-warna kehidupan. Pelbagai dugaan dan kisah suka duka yang perlu ditempuhi insan yang bergelar guru terlakar di dalam buku ini.

Serpihan Kasih menyorot kisah duka seorang guru baharu berbakat besar yang ditempatkan di sekolah yang amat terasing baginya. Daerah itu begitu asing baginya, namun Cikgu Badrul tetap berusaha untuk menyesuaikan diri. Bakat seni yang ada pada dirinya digunakan untuk menjulang nama sekolahnya. Dalam diam, dia juga menyimpan perasaan kepada salah seorang guru di sekolahnya. Mampukah Cikgu Badrul diterima setelah usaha dan penat lelahnya menghasilkan mural telah disabotaj oleh pelajar-pelajar nakal? Adakah cintanya berbalas?

Guruku Ibuku pula memaparkan nasib Suresh yang menghadapi masalah kewangan lantaran ibunya yang sakit manakala mendiang ayahnya pula banyak meninggalkan hutang dengan kumpulan samseng. Suresh dianggap nakal dan menimbulkan masalah kepada guru disiplin di sekolahnya. Mampukah Suresh menghadapi segala cabaran yang dihadapinya?

Terdapat beberapa kisah lagi yang boleh dijadikan iktibar untuk semua pihak. Jadikanlah buku ini salah sebuah koleksi pembaca kerana penggunaan bahasanya begitu mudah difahami dan dekat di hati semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s