SEHARI SEPATAH KATA

MARI BELAJAR KOSA KATA BAHASA MELAYU  – SEHARI SEPATAH KATA

 

Bil

Tarikh

Perkataan

Maksud

Contoh Ayat

1

2.1.2013

Absurd

mustahil, tidak masuk akal.

sesungguhnya adalah  absurd berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.

2

3.1.2013

Abstrak

tidak berupa atau bersifat kebendaan tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera

ke­matangan seseorang pelukis boleh dilihat dalam ciri-ciri abstrak lukisannya.

3

4.1.2013

Adaptasi

penyesuaian dengan keadaan atau dengan sesuatu yang baru

Mereka harus tahu untuk membuat adaptasi terhadap kehidupan di tempat yang baharu itu.

4

7.1.2013

Ad hoc

sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal

Pihak sekolah telah melantik jawatankuasa secara ad hoc bagi menangani kes keracunan itu.

5

8.1.2013

Adikarya

karya agung yang dianggap meng­gambarkan peradaban sesuatu bangsa

Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai adikarya dalam masyarakat Melayu.

6

9.1.2013

Afdal

lebih utama

Mereka harus melakukan perkara-perkara yang afdal berbanding perkara remeh.

7

10.1.2013

Agroteknologi

teknologi yang berkaitan dengan pembangunan pertanian

Agroteknologi mampu memajukan pertanian di negara kita.

8

14.1.2013

Akademi

sekolah tinggi (pusat pengajian) yang mengajarkan sesuatu pengetahuan

Halim memasuki akademi itu untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang kesenian dan kebudayaan.

9

15.1.2013

Akauntabiliti

sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan

Mereka yang mempunyai kepakaran perlu di­beri kebebasan mengkritik keputusan mah­kamah untuk memastikan akauntabiliti  institusi ke­hakim­an.

10

16.1.2013

Ancala

Gunung

Kejadian tanah runtuh berlaku akibat perbuatan tamak manusia menarah ancala untuk tujuan pembangunan

11

17.1.2013

Antibodi

bahan yang terbentuk dalam darah yang dapat mencegah pembiakan bakteria atau memusnahkannya.

Tubuh yang sihat mempunyai antibodi untuk mencegah bakteria berbahaya.

12

18.1.2013

Arif

yang mengetahui (biasanya dirujuk kepada seseorang yang memahami sesuatu dengan men­dalam)

Doktor pakar lebih arif dalam bidangnya berbanding doktor biasa.

13

21.1.2013

Asasi

menjadi dasar, yang menjadi pokok

undang-undang ini tidak mengganggu hak-hak asasi rakyat lain.

14

22.1.2013

Asimilasi

pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti kebudayaan

Masyarakat Baba Nyonya mengalami proses asimilasi dengan masyarakat Melayu Melaka.

15

25.1.2013

Astaka

pentas khas yang dibina untuk sesuatu tujuan, terutamanya untuk acara tilawah al-Quran

Astaka itu dihias indah dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni.

16

29.1.2013

Aspirasi

keinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu

Para pemimpin yang dihormati sentiasa memahami aspirasi rakyat.

17

30.1.2013

Atmosfera

Lapisan udara yang mengelilingi bumi

Ruang atmosfera bumi kian menipis akibat pencemaran udara.

18

31.1.2013

Autoriti

kuasa atau hak (untuk memberi perin­tah, mengawal, membuat keputusan)

Sultan Melaka mempunyai autoriti untuk menetapkan hukuman ke atas pesalah.

19

1.2.2013

Azali

sejak dahulukala, sejak permulaan zaman

Nasib tiap-tiap orang telah tertulis pada suratan azali.

20

4.2.2013

Azimat

bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, yang dianggap mem­punyai sakti dan boleh mengelakkan penya­kit.

Segelintir masyarakat masih percaya bahawa tangkal azimat dapat mengelakkan mereka daripada penyakit.

21

5.2.2013

Babil

degil, tegar, keras kepala, kepala batu.

Usah bersikap babil terhadap orang tua kita.

22

6.2.2013

Bahana

kerana; oleh sebab

Tubuhnya kurus kering bahana menghisap dadah.

23

7.2.2013

Bahang

hawa panas yang dikeluarkan oleh sesuatu benda hangat.

Bahang unggun api itu terasa sampai ke sini.

24

8.2.2013

Baiah

perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa

Mereka melakukan upacara baiah bagi menunjukkan taat setia kepada pemimpin.

25

12.2.2013

Baku

diterima dan diakui; sah dan benar

Pemidato  itu menyampaikan pisatonya dalam sebutan baku.

26

13.2.2013

Bantut

tidak jadi atau tidak dapat diteruskan (kerana terhalang)

Usaha itu bantut kerana tidak mendapat sokongan orang ramai.

27

14.2.2013

Batat

tidak mahu empuk, tidak mahu gembur.

Sudah sejam Ella merebus ubi itu, namun ubi itu masih batat.

28

15.2.2013

Batil

batal, sia-sia; 2. tidak benar; 3. palsu;

Hanya dengan berbuat demikian, perkara yang batil akan terhapus.

29

18.2.2013

Becak

berair serta berlumpur

Ali melangkah dengan hati-hati supaya tidak terpijak tanah yang becak.

30

19.2.2013

Becok

bercakap dengan bising dan tidak henti-henti

Mereka becok bercerita tentang hal masing-masing

31

20.2.2013

Begap

tegap dan besar (tubuh dll);

Walaupun sudah tua, Pak Mat masih begap dan mampu bersawah.

32

21.2.2013

Bekah

cabik (pada jahitan), sobek.

Kain yang bekah itu masih boleh dipakai jika dijahit semula.

33

22.2.2013

Bekam

mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan cawan panas

Kesan bekam jelas pada belakang badannya.

34

25.2.2013

Belak

belang putih pada kulit (kerana sesuatu penyakit). 2 telau pada kayu (kerana urat kayu).

Belak pada kayu  menyebabkan perabot itu kelihatan cantik.

35

26.2.2013

Benak

agak sukar atau lambat untuk menerima pelajaran atau sesuatu yang diajarkan

Termakan semut dipercayai boleh menyebabkan otak menjadi benak.

36

27.2.2013

Bening

jernih, hening

Suasana menjadi  bening tatkala tengah malam menjelma.

37

28.2.2013

Benyai

benyek, lembik (dan berair) seperti nasi yang banyak air, lemah (tidak bertenaga), lenyai, letih, tidak ada nafsu kerja.

Nenek berleter kepada Limah kerana nasi yang dihidang agak benyai.

38

1.3.2013

Bersil

terpersil, terkeluar, tersembul.

 

Akibat penyakit aneh, matanya kelihatan bersil.

39

4.3.2013

Betapa

peri, alangkah

sekarang dia menyedari betapa mustahaknya papan tanda tersebut

40

5.3.2013

Bicarawara

rancangan radio atau televisyen yang mengandungi temu bual antara pengacara dengan tetamu undangan, berkaitan dengan tajuk tertentu.

Rancangan bicarawara itu sangat sesuai ditonton oleh mahasiswa.

41

6.3.2013

Biduk

sejenis perahu yang digunakan untuk menangkap ikan atau utk memunggah barang-barang di sungai.

Pada zaman moden ini, biduk semakin tidak digunakan lagi.

42

7.3.2013

Bilas

dibasuh bagi kali kedua atau seterusnya, atau dijirus dengan air supaya bersih

Kita perlu bilas kain baju dengan air bersih.

43

8.3.2013

Bingkas

bergerak dengan cepat kerana disebabkan oleh sesuatu;

Ahmad bingkas bangun setelah namanya dipanggil oleh guru.

44

11.3.2013

Bintat

bengkak kecil pd kulit, biasanya gatal dan merah warnanya, akibat gigitan serangga, alahan, dan sebagainya

Bintat pada kulit biasanya akan sembuh setelah beberapa hari.

45

12.3.2013

Biodiversiti

kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadinya

Sarawak ialah tempat yang memiliki biodiversiti yang tinggi

46

13.3.2013

Cabik

koyak-koyak, robak-robak.

Pengemis itu memakai baju yang cabik untuk menagih simpati orang ramai.

47

14.3.2013

Cakna

ambil peduli, ambil berat

Semua ibu bapa wajib bersikap cakna terhadap anak-anak mereka.

48

15.3.2013

Canggih

moden dan kompleks, menarik, hebat dan moden.

Sekolah itu dilengkapi makmal yang serba canggih.

49

18.3.2013

cerakin

melakukan penyelidikan atas sesuatu untuk menge­tahui keadaannya

Jika kita cerakin  air, kita akan mendapati bahawa air terdiri daripada hidrogen dan oksigen.

50

19.3.2013

Cocok

Padan, sesuai benar.

Sungguh cocok pasangan mempelai yang sedang bersanding itu.

51

20.3.2013

Conget

menganjur keluar, tidak rata.

Disebabkan keadaan sanggulnya yang congek, Datin Rosnah terpaksa berdandan semula agar kelihatan anggun.

52

21.3.2013

Corot

Terbelakang, tertinggal di belakang sekali.

Dia ingin membuktikan bahawa bekas murid kelas corot mampu berjaya dalam kehidupan.

53

22.3.2013

Culas

sangat malas; tidak tangkas

Pekerja kilang itu diingatkan agar tidak culas ketika bekerja.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s