Pertandingan drama Komsas negeri Selangor

Pada 4 Julai yang lalu, pasukan sekolah saya menyertai pertandingan drama Komsas yang diadakan di Kolej Segi (Universiti Segi) Kota Damansara. Pertandingan ini dianjurkan oleh PPD Petaling Utama, bertujuan untuk memilih pasukan terbaik bagi peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Taiping Perak. Memandangkan pasukan peringkat daerah lain hebat-hebat belaka, maka pihak kami berusaha mendapatkan bantuan dan kerjasama semua pihak bagi membolehkan pasukan sekolah kami dapat mempersembahkan lakonan terbaik.

IMG_6295

(kumpulan prop)
Cabaran bermula bagi menggantikan pelakon tambahan yang menarik diri kerana ibu bapanya menghalang. Uji bakat diadakan sekali lagi dan latihan dilakukan berhari-hari.  Kumpulan yang ditugaskan menghasilkan prop bekerja, mencari kayu, membeli kain, melakar, memaku, mengecat, melukis dan bekerja keras sehingga siaplah prop yang serba sederhana tetapi kemas. Barangan tambahan diperlukan seperti pinggan cawan, piring, dulang, jala, bubu, kain baju, majalah, penyapu, bulu ayam, beranda, bekas ikan, dan pakaian yang sesuai. Ibu Zuhairi membantu menjahit langsir. Ibu Fasya meminjamkan bubu. Encik Sundram membantu menegakkan dinding rumah, dan Encik Nasir bersedia membawa prop dengan lorinya.

IMG_6177

Pelakon utama sedang berlatih bersungguh-sungguh.

Menjelang hari pertandingan, aku dan Zubaidi tiba awal. Setengah jam menunggu bas yang dijanjikan Jabatan tidak muncul. Setelah dihubungi berkali-kali akhirnya bas pun muncul. Pemandunya kurang arif, kami terlajak jauh sehingga terpaksa berpatah balik. Sesampainya di kolej segi, pertandingan hampir bermula. Petugas langsung tidak memberitahu tentang giliran kami hampir tiba. Aku mengerah semua bekerja dan mengambil tempat. Kini, semuanya selesai, walaupun terdapat sedikit kecatatan, aku tetap berbangga dan berterima kasih kepada semua pihak, terutamanya Puan Hashimah Hashim pengetua yang sentiasa memberi sokongan, Puan Anita PK kokurikulum yang sentiasa mencari jalan penyelesaian masalah dan guru-guru pengiring, Puan Roslina, Puan Norliza, Puan Haniza dan Cik Aszdila. Kami pulang juga, dalam hujang selepas mempersembahkan drama Mendung Hitam Beralih Jua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s