NOTA PELAJARAN

Contoh Modul Pengajaran Drama Tingkatan Tiga – Cabaran

MODUL PENGAJARAN KOMSAS

KURSUS KOMSAS 2011

NOTA LENGKAP NOVEL KONSERTO TERAKHIR – TINGKATAN LIMA

novel konserto


NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Sinopsis Bab 1 – Keluarga

 

Hayati tidak ada keinginan  untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu.
Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

Sinopsis Bab 2 – Kuli

Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.
Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.

Sinopsis Bab 3 – Piano


Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang.
Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.


Sinopsis Bab 4 – Hukuman

Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi.
Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan membuat “intro”-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada “fa” nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.
Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.

Sinopsis Bab 5 – Penunggu
Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan.
Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya.
Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik.

Sinopsis Bab 6 – Muzik
Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu “Blue Danube”. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.

Sinopsis Bab 7 – Oleh-oleh


Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya.
Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang ini.
Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya.
Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya.

Sinopsis Bab 8 – Sengketa
Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang.
Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah.
Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi.
Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.

Sinopsis Bab 9 – Pertemuan

Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin.
Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam.
Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi.
Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja.
Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.

Sinopsis Bab 10 – Bebas
Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung.
Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira.
Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu “Sebuah Intermeso”. Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.

Sinopsis Bab 11 – Intermeso
Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk “Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia”.
Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang Hilmi.
Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah Intermeso” tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa.
Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.

Sinopsis Bab 12 – Krisis

Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke rumah.
Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu “Sebuah Intermeso” itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu.
Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul “Perpisahan”. Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod.
Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia” ringkasan nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak.
Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar.

Sinopsis Bab 13 – Perpecahan
Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu “Balada Kasih”.Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah.
Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama “Seniman” yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya.
Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama “Hilmi Potpouri”. Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya.

Sinopsis Bab 14 – Seniman
Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.
Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi.
Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.

TEMA:

Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.

Berikut ialah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa watak Hilmi adalah seorang yang gigih.

1.Gigih menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah ketika bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah.

2. Gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar walaupun pada masa yang sama terpaksa membahagikan masanya untuk bekerja di sebagai pembantu di stesen minyak sehingga menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

3. Gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air.

4. Gigih menghadapi masalah rumah tangganya walaupun akhirnya terpaksa berpisah dengan isterinya disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan.

5. Gigih berusaha bagi memastikan kejayaan konsert perdananya walaupun terpaksa mengabaikan kesihatan dirinya sendiri.

PERSOALAN/ MESEJ:

1. Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan: Contohnya Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai cita – citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya.

2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia: Contohnya dapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.

3. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup: Contohnya Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.

4. Semangat kerjasama yang membawa kejayaan: Contohnya kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi dimasukkan ke hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian.

5. Sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat: Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi.

6. Gaya hidup segolongan masyarakat yang bersifat kebaratan: Contohnya Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” manakala rumah datuk Johari terdapat sebuah “mini bar”.

7. Sikap suami atau isteri yang curang: Contohnya walaupun sudah bersuami, Hayati masih mencintai Hilmi dan bertemu Hilmi sebelum ke luar negara bersama dengan Mohsin.

8. Sikap sesetengah golongan masyarakat yang masih mempercayai perkara karut dan khurafat: Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hilmi.

NILAI/ NILAI MORAL:

1. Kegigihan : Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga akhirnya beliau menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.

2. kasih sayang : Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau berubah daripada seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan agama.

3. Keimanan : Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab bertajuk “Hidup sesudah mati”.

4. Kerjasama : Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert perdana setelah Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert tersebut mendapat pujian.

5. Merendah diri : Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana menghina Hilmi serta bersikap bongkak dan mementingkan darjat.

6. Kejujuran : Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai Hilmi walaupun beliau telah bersuamikan Mohsin.

7. Patuh perintah ibu bapa : Contohnya, Hayati memamatuhi perintah ibunya dan mengikut kemahuan ibunya supaya berkahwin dengan Mohsin.

PENGAJARAN:

1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.

2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu membolehkan konsert perdana tersebut Berjaya.

3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar cinta kepada kekasih.

4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan perintah ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin.

5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi.

6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal.

7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa mengerjakan solat setelah membaca buku “Hidup sesudah mati”.

WATAK DAN PERWATAKAN:

A. Hilmi

1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah.

2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat.

3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa sanggup berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik bakar.

4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmah sehingga taman itu menjadi cantik serta menarik.

5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim.

6. Seorang yang bercita-cita tinggi : Hilmi merantau ke Kuala Lumpur untuk berusaha mencapai impiannya menjadi orang yang Berjaya. Dia berusaha mengejar impiannya dengan berusaha belajar muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi seorang.

7. Seorang yang kuat agama : Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada.

8. Seorang yang bijak/ berkebolehan : Dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya.

B. Datin Salmah:

1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati.

2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya.

3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”.

4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada hayati sehingga Hayati berubah daripada sikap asalnya.

5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.

6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati mula berubah mengerjakan sembahyang.

7. Insaf akan kesilapannya dan ingin menebus dosanya : Datin salmah kesal atas perkara yang telah dilakukannya ke atas Hilmi setelah mengetahui bahawa Hilmi ialah anak datuk Johari. Dia ingin menebus dosanya dengan menyatakan keinginannya untu memelihara anak Hilmi.

C. Hayati

1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan Mohsin.

2. Seorang yang cantik.

3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap.

4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.

5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah.

D. Datuk Johari

1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan “bapa saudara” kepada Hilmi.

2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.

3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja.

4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat dilihat apabila terdapat sebuah ‘mini bar’ di rumahnya. Beliau seorang peminum minuman keras.

5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.

6.         Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

NOTA NOVEL TINGKATAN 4  : PAPA, AKHIRNYA KAU TEWAS JUGA!

PAPA

RINGKASAN

BAB 1          Intan Julia berada di dapur bersama Mak Cik Noraini. Dia memerhatikan ibunya Intan Maliana dan bapanya Jeffri berbual  dengan mesra di luar rumah sambil memetik sayur yang ditanam. Keintiman Intan Maliana dan Jeffti membuatkan Intan Julia berasa cemburu. Mak Cik Noraini menasihatkan Intan Julia kerana Intan Julia belum melalui keadaan demikian.

BAB 2          Suatu hari, Intan Julia pulang dari sekolah seorang diri kerana ibunya sakit. Mak Cik Noraini menceritakan kisah bagaimana bapa dan ibunya bertemu jodoh. Mereka mengajar di sekolah yang sama. Sebelum itu bapanya pernah kecewa dalam percintaan. Intan Julia teringat ibunya pernah dibawa hospital kerana mabuk darah setelah jarinya luka. Ibu dan bapanya pulang dan memberitahu ibunya mengandung.

BAB 3          Intan Julia mencuri dengar perbualan Mak Cik Noraini dengan ibunya di dapur. Mak Cik Noraini risau dengan ibunya yang mengandung. Ibunya pernah koma setelah melahirkan Intan Julia semasa berumur 28 tahun. Dia kehilangan banyak darah. Intan Julia dilahirkan tidak cukup bulan dan tidak mahu menyusu susu tepung. Jeffri membawa Intan Julia bermain tennis. Di situ Intan Julia berkenalan dengan pelajar bapanya, Aisyah. Intan Julia tidak senang hati dengan hubungan mereka dan mengajak bapanya pulang.

                     

BAB 4          Ketika pulang dari sekolah tengah hari, Intan Maliana menumpangkan kawannya Suzie kerana keretanya rosak. Intan Julia duduk di belakang. Suzie menasihatkan Intan Maliana agar mengugurkan kandungan atas sebab keselamatan Intan Maliana. Intan Maliana enggan kerana sayangkan Jeffri. Kandungan itu adalah atas permintaan Jeffri.

BAB 5          Kandungan Intan Maliana semakin membesar. Jeffri menasihatkan Intan Maliana agar mengikut nasihat doktor dan berserah kepada takdir Allah. Mak Cik Noraini menceritakan pengalaman kelahiran Intan Julia. Intan Julia lahir tidak cukup bulan. Saiz badannya hanya sebesar anak kucing. Oleh sebab Intan Julia tidak mahu minum susu botol, susu ibunya terpaksa diperah  untuk diberikan kepada Intan Julia.

BAB 6          Aisyah selalu mengajak Jeffri minum, tetapi Jeffri menolak kerana tidak mahu kekecohan berlaku antara dia dan isterinya Intan Maliana. Intan Julia secara bergurau mencabar agar bapanya memikat Aisyah. Jeffri enggan kerana memang dia tahu Intan Maliana tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

BAB 7          Tahun baharu bermula. Intan Julia  naik ke tingkatan lima. Jeffri telah membeli kelengkapan bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran walaupun ditegah oleh Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

BAB 8          Intan Maliana terpaksa melalui satu pembedahan. Dia melahirkan dia orang anak lelaki kembar siam yang telah meninggal dalam rahim.  Intan Maliana dimasukkan ke bilik ICU dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jeffri membawa jenazah anaknya pulang dan menguruskan pengkebumiannya.

BAB 9          Intan Julia dihantar oleh bapanya ke sekolah. Di sekolah dia telah berkenalan dengan Rusylan, seorang pelajar baru di sekolah itu. Rusylan agak cemburu dengan kemesraan Intan Julia dengan bapanya. Cikgu Suzie, kawan Intan Maliana memberitahu Intan Julia bahawa dia ingin melawat Intan Maliana di hospital. Dia mengambil keputusan untuk mengekori kereta Jeffri. Rasylan ingin bertemu dengan Intan Julia selepas waktu persekolahan tetapi ditolak oleh Intan Julia.

BAB 10        Intan Julia pergi ke hospital bersama bapanya Jeffri. Kereta mereka diekori oleh kereta Suzie. Pada waktu petang, Intan Julia memerhatikan album lama. Dia menemui sepucuk surat yang ditulis oleh bapanya kepada ibunya Intan Maliana yang menyatakan perasaan sayang bapanya. Jeffri menegur sikap Intan Julia yang tidak mahu makan kerana risau akan ibunya. Semasa makan, Aisyah menghubungi Jeffri untuk bertanya khabar tentang Intan Maliana.

BAB 11        Mak Cik Noraini menasihati Jeffri agar berkahwin sekali lagi. Jeffri enggan kerana dia amat  sayangkan Intan Maliana. Intan Julia mula menduduki peperiksaan SPM. Intan Julia meminta keizinan daripada bapanya untuk bertemu dengan Rusylan. Namun bapanya tidak membenarkan. Sebaliknya bapanya mencabar agar Rusylan datang berjumpa dengannya di rumah.

BAB 12        Aisyah menghubungi Intan Julia dan mengajaknya bermain tennis. Hari berikutnya, setelah pulang dari sekolah, Intan Julia mendapati ibunya telah dibawa pulang. Namun masih dalam keadaan koma. Aisyah datang untuk menjemput Intan Julia bermain tennis. Walaupun dia enggan tetapi bapanya Jeffri memaksanya. Sebelum dihantar pulang, Intan Julia dibawa oleh Aisyah ke rumahnya. Intan Julia berkenalan dengan ibu bapa Aisyah yang merupakan seorang tokoh korporat yang terkenal. Aisyah menghantar Intan Julia pulang setelah hari menjelang malam.

BAB 13        Sudah lapan bulan Intan Muliana koma. Jeffri tetap berdoa agar Intan Muliana segera sedar. Rasylan datang ke rumah Intan Julia untuk berjumpa dengan Jeffri. Jeffri tidak menyenangi Rasylan kerana Rasylan berasal dari rumah anak yatim. Dia kemudiannya dijadikan anak angkat oleh Datuk Mistakim bin Bahadar. Jeffri juga marah kepada Datuk Mustakim kerana telah melanggar ibu dan bapanya semasa pulang dari surau. Kejadian itu menyebabkan bapanya meninggal dunia. Ibunya lumpuh dan meninggal dunia dua tahun kemudian.

BAB 14        Intan Julia keluar bersama Rasylan. Setelah pulang ke rumah, bapanya Jeffri memberitahu bahawa dia tidak suka Intan Julia berkawan dengan Rasylan. Jeffri memberi alasan bahawa Rasylan merupakan seorang lelaki yang tidak diketahui asal keturunannya.  Intan Julia menyatakan dia akan merenggangkan hubungan dengan Rasylan walaupun tidak jujur.

BAB 15        Keputusan peperiksaan telah diketahui. Intan Julia dan Rasylan mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka bersetuju untuk minum di Starbucks Coffee. Intan Julia mendapati bapanya berada di situ bersama Aisyah. Di rumah kemudiannya dia disambut oleh bapanya dan Mak Cik Noraini. Intah Julia menyatakan bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran di UIA.

BAB 16        Intan Julia telah diterima ke Matrikulasi UIA. Bapanya Jeffri telah menghantarnya ke situ. Setelah segala urusan selesai, Jeffri pulang. Intan Julia telah bertemu dengan Rasylan yang menguruskan segala pendaftaran seorang diri. Pada hujung minggu, Intan Julia ditemani oleh Rasylan ke kedai buku sebelum pulang ke rumah. Sekali lagi Intan Julia ternampak bapanya bersama Aisyah di Starbucks Coffee.

BAB 17        Petang Sabtu itu Intan Julia pulang ke rumah. Mak Cik Noraini menegur Jeffri dan Intan Julia kerana mereka duduk terlalu rapat antara satu sama lain. Selesai sembahyang pada malamnya, Intan Julia ke bilik ibunya. Dia mendapati bapanya membaca Yassin dan kemudian berdoa. Intan Julia tidak pulang pada hari minggu berikutnya. Bapanya Jeffri menghubunginya. Kemudian dia dihubungi pula oleh Rasylan untuk mengajak Intan Julia keluar. Rasylan menyatakan bahawa En. Muaz al-Khalabi mahu dia membuat ujian DNA. Sekali lagi Intan Julia terserempak dnegan bapanya bersama Aisyah di Restoran A&W.

BAB 18        Hari minggu berikutnya Intan Julia pulang ke rumah. Intan Julia bertanyakan tentang Aisyah kepada bapanya Jeffri. Intan Julia memberitahu bahawa dia terserempak dengan bapanya beberapa kali yang lepas. Intan Julia meluahkan perasaan tidak suka dan menuduh bapanya curang terhadap ibunya Intan Muliana. Jeffri menampar Intan Julia menyebabkan Intan Julia kecewa. Besoknya pagi-pagi lagi Intan Julia telah pulang ke asrama.

BAB 19        Rasylan menasihati Intan Julia agar menerima hakikat bahawa bapanya akan berkahwin lagi untuk mendapatkan teman hidup. Rasylan menjelaskan bahawa hasil ujian DNA yang dijalankan menunjukkan bahawa dia merupakan anak kepada En. Muaz al-Khalibi . Namun Rasylan tidak mahu menerimanya. Pada hujung minggu berikutnya Intan Julia tidak pulang. Jeffri datang menemui Intan Julia di kampus. Atas desakan Rasylan, Intan Julia pergi berjumpa dengan bapanya. Intan Julia masih marah kepada bapanya. Dia masih tidak membenarkan bapanya berkahwin lagi. Namun hati Intan Julia menjadi lembut apabila Jeffri meluahkan perasaannya.

BAB 20        Daripada cerita En. Muaz al-Khalibi, Rasylan mendapat tahu bahawa En.Muaz telah menjalin hubungan dengan pembantu warga Indonesia di biliknya. En. Muaz telah meninggalkan perempuan itu setelah hamil tiga bulan. Setelah lahir, anak itu ditinggalkan di tepi longkang. Jeffri menjemput Intan Julia untuk bertemu dengan bakal isterinya iaitu Aisyah. Jeffri meminta Intan Julia pulang pada hujung minggu untuk menemaninya ke majlis akad nikah. Pada hari minggu berikutnya Intan Julia pulang. Namun dia tidak mengikut bapanya ke majlis akad nikah dengan alasan mahu menjaga ibunya.

BAB 21        Intan Julia demam sehingga tidak sedarkan diri. Jeffri yang membawanya ke hospital. Semasa tidak sedarkan diri Intan Julia bermimpi didatangi oleh seorang pemuda yang serupa dengan bapanya. Pemuda itu menasihatkannya agar menerima  keinginan bapa Intan Julia untuk berkahwin. Doktor menasihatkan Intan Juliana agar tidak terlalu mengikut hati.

BAB 22        Intan Julia pulang dari hospital setelah tiga berada dalam wad. Dia diambil oleh bapanya dan ibu tirinya Aisyah. Jauh di sudut hatinya dia masih tidak mempercayai Asiyah. Setelah peperiksaan semester kedua berakhir, Intan Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan bapanya dengan Aisyah. Bapanya marah dan melarang Aisyah memasuki bilik Intan Maliana. Jeffri takut berlaku perkara yangtidak diingini. Aisyah sedih dengan prasangka itu.

BAB 23        Rasylan cemburu kepada Intan Julia sedangkan dia sendiri melayan pelajar perempuan lain. Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan bas Rasylan memberitahu Intan Julia bahawa dia tidak akan memberitahu bapa angkatnya tentang tawaran daripada En. Muaz kepadanya. Dia akan tetap bersama keluarga angkatnya.

BAB 24        Sesampainya Intan Julia di rumah, bapanya dan Aisyah tidak ada kerana mereka pergi ke rumah emak Aisyah. Setelah mereka pulang, Aisyah menasihati Intan Julia tertang perhubungannya dengan Rasylan. Dia menasihati Intan Julia supaya lebih banyak kompromi dan tidak terlalu berkecil hati. Rasylan menghubungi Intan Julia. Intan juga bercakap juga dengan Rasylan walaupun hatinya masih berbelah bahagi kerana didesak dan dicabar oleh bapanya. Intan Julia dan Jeffri masuk ke bilik Intan Maliana. Intan Maliana membuka mata. Aisyah masuk ke bilik dan diperkenalkan oleh Jeffri kepada Intan Maliana. Intan Maliana terkejut dan marah. Dia bersama Intan Julia menangis. Lantaran terlalu kecewa, Intan Maliana meninggal dunia.     Ketika itu, Jefri menangis kerana amat bersedih.

TEMA

Novel Papa (akhirnya kau tewas jua!)  bertemakan kemanusiaan iaitu ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.  Berkaitan ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Sikap ibu dan bapanya yang menyayang juga membuatkan Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Oleh sebab itu dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Intan Julia tidak menyenangi hubungan bapanya dengan Aisyah. Malah Intan Julia pernah ditampar oleh bapanya kerana mengatakan bapanya curang. Namun dia terpaksa juga membenarkan bapanya berkahwin dengan hati yang  berat demi memikirkan keadaan bapanya yang tidak menentu. Di dalam hati, dia masih tidak boleh menerima Aisyah sebagai pengganti ibunya.

Jeffri amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Oleh sebab sifat kasih sayang yang menebal dalam dirinya membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya.  Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalahdia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi. Malah Intan Julia ditempelengnya sehingga menyebabkan Intan Julia berasa kecewa dan pulang ke asrama awal pagi keesokan harinya.

Jeffri amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julia merupakan anak tunggal. Dia mengambil berat tentang makan dan minum  serta pelajaran Intan Julia. Dia marah apabila Intan Julia tidak mahu makan. Jeffri sentiasa bertanya perkembangan pelajaran anaknya sejak dari sekolah menengah hinggalah Intan Julia belajar di UIA. Jeffri kerap menghantar Intan Julia ke kampus. Semasa di sekolah menengah Jeffri sentiasa menghantar Intan Julia pergi dan balik dari sekolah setelah Intan Maliana sedang koma. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.

PERSOALAN

  1. Pengorbanan seorang isteri terhadap suami yang amat disayangi.

Pengorbanan ini dilakukan oleh Intan Maliana terhadap suaminya Jeffri walaupun perngorbanan itu amat membahayakan nyawanya. Intan Maliana sanggup hamil sekali lagi hanya untuk memenuhi permintaan Jeffri walaupun dia pernah koma ketika melahirkan anaknya yang pertama iaitu Intan Julia. Dia kehilangan banyak darah. Walaupun telah dinasihatkan oleh Mak Cik Noraini dan kawannya Suzie, namun Intan Maliana tetap tidak mahu menggugurkan kandungan itu demi sayangkan suaminya Jeffri. Dia mengikut nasihat suaminya agar berserah kepada takdir selain daripada berusaha dengan mengikut segala nasihat doktor.  Dia telah kehilangan banyak darah dan  koma selama beberapa tahun dan akhirnya meniggal dunia.

2.       Kesetiaan seorang suami kepada isterinya. 

Demi kesetiaan terhadap isterinya, Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Walaupun telah berkahwin, dia pernah beberitahu Aisyah bahawa dia akan mengutamakan Intan Maliana dan Intan Julia.

3.         Tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarga. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak Jeffri. Sebagai seorang suami, dia bertanggungjawab terhadap isterinya dengan memberikan sepenuh kasih sayang menjadikan hubungan mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan morak kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa kelahiran anak kedua yang telah meninggal dalam kendungan, dia menguruskan jenazah tersebut untuk dikebumikan. Dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya yang sedang koma. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Juga belajar di UIA.

  1. Gejala pembuangan bayi

En. Muaz al-Khalibi telah melakukan perbuatan sumbang dengan seorang wanita warga Indonesia di dalam biliknya sehingga wanita itu mengandung. Semasa wanita itu mengandung tiga bulan, Muaz al-Khalibi telah meninggal wanita itu seorang diri tanpa apa-apa ikatan. Perbuatan itu menyebabkan wanita itu kecewa. Setelah melahirkan anak, anak  itu tidak mahu dijaga. Dia telah meletakkan anak itu di tepi longkang dengan niat untuk membiarkan anak itu mati. Nasib anak itu baik kerana dia dijumpai dan dijaga di rumah kebajikan sehinggalah Datuk Mustakim mengambil bayi itu untuk dijadikan anak angkat. Menyedari nasib dirinya sedemikian, Rasylan tidak mahu menerima En. Muaz al-Khalibi sebagai bapanya walaupun menerima tawaran yang banyak dan  ujian DNA telah mengesahkan dia adalah anak En. Muaz.

  1. Pandangan masyarakat terhadap anak luar nikah.

Rasylan telah dipandang sebagai seorang yang hina dan tidak layak untuk berkawan dengan orang lain. Jeffri telah mengetahui latar belakang Rasylan menyebabkan  dia menghalang hubungan Intan Julia dengan Rasylan. Semasa Rasylan datang ke rumah Intan Julia, Jeffri telah memandang sinis terhadap Rasylan. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan terguris. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong. Apabila Intan Julia keluar dengan Rasylan, Jeffri marah kepada Intan Julia. Jeffri mengatakan bahawa Rasylan tidak tahu asal keturunan. 

  1. Isu poligami dalam masyarakat Islam.

Walaupun poligami dibenarkan dalam ajaran Islam, namun perlulah mengikut syarat tertentu.  Jeffri pernah dicabar oleh anaknya Intan Julia agar memikat Aisyah dan menyatakan bahawa orang lelaki boleh berpoligami. Namun Jeffri menolak demi menjaga merukunan rumahtangganya bersama Intan Maliana. Jeffri tidak menerima poligami secara melulu, malah sebelum mengambil keputusan untuk berlahwin lagi, dia telah mengkaji tentang poligami. Jeffri mengambil masa yang cukup lama sepanjang tempoh isterinya koma untuk mengambil keputusan berkahwin lagi. Keputusan itu dibuat atas alasan kepentingan kehidupannya, bukan atas asalan nafsu.

7.    Hubungan dan pergaulan dalam golongan remaja

Melibatkan hubungan antara berlainan jantina. Mereka telah menjaga hubungan sehingga dapat mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang menyumbang ke arah masalah sosial. Semasa berada di kampus, mereka berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan meluahkan masalah masing-masing. Mereka berjumpa di tempat awam yang dapat mengelakkan daripada berlakunya fitnah selain daripada pergi ke kedai buku dan restoran untuk makan atau minum. Malah pada bahagian akhir cerita, Rasylan cuba mencium Intan Julia, namun mereka telah sedanr tentang larangan agama untuk merkea berbuat demikian.

WATAK DAN PERWATAKAN

A)    INTAN JULIA

Dia merupakan anak kepada Jeffri dan Intan Maliana. Kawan kepada Rasylan. Belajar di Sekolah Seri Gading dan kemudiannya melanjutkanpelajaran di UIA. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing. Dari segi perwatakan, Intan Julia digambarkan sebagai seorang yang tekun dan rajin belajarsehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia rajin mengulangkaji di rumah sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Dia yakin berjaya setiap kali peperiksaan semester yang dilaluinya.

Intan Julia juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang penyayang kepada ibu dan bapanya. Dia amat sayang dan tertekan setelah ibunya Intan Maliana koma selepas bersalin. Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Disebabkan perasaan sayang yang mendapam kepada ibunya dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Malah Intan Julia pernah menuduh bapanya curang kepada ibunya sehingga dia ditempeleng oleh bapanya. Tuduhan itu dilemparkan apabila mendapati bapanya ingin berkahwin lagi. Dia juga sayang kepada bapanya kerana bapanya seorang yang bertanggungjawab terhadap ibunya Intan Maliana dan dirinya sendiri. Dia tidak mahu kehilangan bapanya. Oleh sebab itu juga dia kemudiannya memberikan keizinan untuk bapanya berkahwin lagi.

Pengarang novel ini juga menggambarkan Intan Julia sebagai seorang yang berfikiran positif. Hal ini dapat diperhatikan melalui tindakannya berkawan dengan Rasylan. Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz al-Khalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu.

Selan perwatakan di atas, pembaca juga mendapat gambaran bahawa Intan Julia merupakan seorang yang keras hati. Dalam hal ini, dia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Demikian juga setelah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Intan Julia tetap tidak mudah untuk menerima dan mempercayai Asiyah sebagaimana yang telah dipesan oleh ibunya Intan Maliana. Intan Julia juga telah berselisih fahan dengan Rasylan. Semasa Rasylan menghubunginya ketika dia berada di rumah, dia tidak mahu menjawab penggilan itu kerana masih marah dan kecewa dengan Rasylan. Namun atas desakan bapanya, dia bercakap dengan Rasylan.

B)     JEFFRI

Jeffri merupakan ayah kepada Intan Julia. Suami kepada Intan Maliana. Majikan dan sepupu kepada Mak Cik Noraini yang merupakan pembantu rumahnya. Dia merupakan seorang pensyarah di Kolej Iktisas. Sebelum menjadi pensyarah, dia juga seorang guru yang mengajar di Sekolah Seri Gading. Dari segi perwatakan, Jeffri merupakan seorang yang penyayang kepada isteri dan anaknya. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Dia sentiasa berkepit dengan Intan Maliana sehingga menyebabkan Intan Julia rasa meluat dan cemburu. Oleh kerana sayang kepada isterinya juga membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya.  Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi.

Selain  itu, Jeffri juga digambarkan sebagai seorang yangbertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Jeffri merupakan seorang suami yang setia kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Dalam hubungannya dengan Rasylan, Jeffri digambarkanmempunyai fikiran yang negatif dan memandang terhadap anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang merupakananak luar nikah. Rasylan telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya,  Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan terasa hati. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong.

C)    RASYLAN

Rasylan merupakan anak luar nikah hasil hubungan antara En. Muaz al-Khalibi dengan soerang wanita warga Indonesia. Ibunya telah meninggalkan dia di tepi longkang dengan niat supaya dia mati. Dia dijaga di rumah kebajikan masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Muhaimin untuk dijadikan anak angkat. Merupakan kasan kepada Intan Julia setelah dia berpindah ke Sekolah Seri Gading. Dia juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran di pusat Matrikulasi UIA.

Dari segi perwatakan, Rasylan digambarkan sebagai seorang yangberdikari kerana dia sedar tentang keadaan dirinya. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain.

Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan digambarkan sebagai seorang yang berpendirian tegas. Dia mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.

Rasylan juga seorang yang setia dalam perhubungan. Dia berhubung rapat dengan Intan Julia sejak di Sekolah Seri Gading. Demi perhubungannya dengan Intan Julia, Rasylan sanggup datang dan berjumpa dengan bapa Intan Julia apabila dicabar oleh bapa Intan Julia iaitu Jeffri. Walaupun bapa Intan Julia tidak menyukai dirinya, hubungan itu tetap diteruskannya setelah dia berada di UIA. Dia selalu bersama Intan Julia untuk merbincang dan mengulangkaji pelajaran. Dia juga selalu menemani Intan Julia keluar seeprti ke kedai buku atau ketika makan dan minum. Rasylan tetap setia kepada Intan Julia walaupun ada pelajar perempuan lain yang cuba mendakatinya.

PLOT

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa plot novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) adalah mengikut kronologi atau perkembangan peristiwa mengikut urutan masa. Ia bermula denganperingkat permulaan apabila pembaca novel ini diperkenalkan dengan watak utama iaitu Intan Julia dan Mak Cik Noraini yang merupakan pembantu rumahnya. Kemudian pengarang memperkenalkan watak ibu dan bapa Intan Julia iaitu Jeffri dan Intan Maliana. Hubungan Jeffri dengan isterinya Intan Maliana sangat mesra dan intim sehingga menimbulkan rasa meluat dan rasa cemburu kepada Intan Julia. Mak Cik Noraini menceritakan tentang perhubungan Jeffri dengan Intan Maliana kepada Intan Julia. Mereka mengajar di sekolah yang sama dan berkahwin. Intan Julia berharap dia juga akan mendapat pasangan atau suami seperti bapanya pada suatu hari nanti.

Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Jeffri dan Intan Maliana pulang dari hospital. Jeffri memberitahu bahawa Intan Maliana hamil. Berita itu mengejutkan Mak Cik Noraini. Itulah permulaan konflik menyebabkan peristiwa berkembang. Mak Cik Noraini telah menasihatkan agar Intan Maliana agar memikirkan kembali keputusannya untuk melahirkan anak sekali lagi. Intan Maliana mempunyai sejarah perubatan yang kronik semasa melahirkan anak pertama iaitu Intan Julia. Intan Maliana telah kehilangan banyak darah dan koma. Intan Maliana juga telah dinasihatkan oleh kawannya Suzie agar menggugurkan kandungan itu. Namun kerana sayang dan tanggungjawab kepada suaminya Jeffri, dia enggan menggugurkannya.

Plot semakin berkembang apabila kandungan Intan Maliana semakin besar. Maliana juga risau dengan kandungannya dan proses bersalin kemudiannya. Namun Jeffri memberikan semangat dan dorongan serta menyerahkannya kepada takdir. Setelah sampai ketika, Intan Maliana sakit pada awal pagi. Dia dihantar ke hospital dan terpaksa melalui pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Malangnya anak itu kembar siam dan sudah meninggal dalam kandungan. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma.

Selain  konflik itu, Intan Julia juga melalui konflik. Dia ditegah oleh bapanya supaya merenggangkan hubungannya dengan Rasylan kerana Rasylan anak luar nikah. Intan Julia dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga menghadapi konflik dalam dirinya apabila pengarang memperkenalkan watak Aisyah. Intan Julia berkenalan dengan Asiyah semasa dia bermain tennis dengan bapanya. Dia tidak senang hati dengan perhubungan bapanya dengan Aisyah. Dia terserampak dengan bapanya bersama dengan Aisyah sebanyak tiga kali di restoran makanan segera. Dia mengesyaki bapanya mempunyai hubungan dengan Aisyah.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini agak singkat. Intan Julia tidak senang hati dengan perbuatan bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Tambahan apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab kata-kata bapanya kerana tidak tahanlagi menanggung rasa marah  terhadap sikap bapanya. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu.

Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula apabila Jeffri datang menemui Intan Julia di kampus. Jeffri telah menjelaskan kedudukan dirinya yang sebenar menyebabkan dia mahu berkahwin lagi. Dia hanya mahu seseorang menguruskan hidup bersamanya kerana usianya semakin bertambah. Namun dia tidak akan berkahwin sekiranya Intan Julia masih tidak membenarkannya berbuat demikian. Akhirnya dengan berat hati Intan Julia membenarkan bapanya berkahwin dengan Aisyah.

Melihatkan Aisyah tidak pernah menunjukkan sikap yang tidak baik terhadap dirinya dan bapanya, hati Intan Julia semakin dapat menerima kehadiran Aisyah dalam keluarganya. Dia menyatakan penerimaan itu selepas berlaku salah faham sehingga mereka menuduh Aisyah ingin meracuni Intan Maliana. Intan Maliana sedar akhirnya. Namun dia terkejut dan marah dengan rindakan Jeffri yang telah berkahwin dengan Aisyah. Intan Maliana sakit dan meninggal dunia.

LATAR

A) LATAR TEMPAT

1.    Rumah keluarga Jeffri

Merupakan sebuah rumah bunglo dua tingkat. Banyak peristiwa penting yang berlaku di rumah ini. Antaranya ialah berita yang disampaikan oleh Jeffri dan Intan Maliana selepas mereka pulang dari hospital. Peristiwa ini merupakan titik permulaan kewujudan konflik dalam novel ini. Berita ini telah membuatkan Mak Cik Noraini bimbang. Rasylan datang ke rumah ini untuk bertemu dengan Jeffri setelah Jeffri mencabarnya supaya datang ke rumah. Jeffri telah bertanyakan sesuatu secara sinis menyebabkan Rasylan berasa terhina. Peristiwa akhir cerita dalam novel ini berlaku dalam bilik Intan Maliana. Maliana sedar dan membuka mata. Namun dia marah dan kecewa setelah Jeffri memperkenalkan Aisyah. Dia terus sakit dan meninggal.

2.    Kampus UIA.

Intan Julia dihantar oleh bapanya Jeffri untuk mendaftar di pusat Matrikulasi. Intan Julia kemudiannya bertemu dengan Rasylan. Intan Julia dan Rasylan selalu bertemu untuk berbincang tentang pelajaran dan tugasan yang perlu disiapkan. Selain itu, mereka bercakap dan meluahkan masalah selain daripada menasihati antara satu sama lain. Jeffri datang  bertemu dengan anaknya Intan Julia di kampus ini setelah Intan Julia tidak pulang beberapa munggu. Intan Julia berasa kecewa setelah ditempeleng oleh bapanya setelah dia menuduh Jeffri curang terhadap ibunya. Di kampus ini juga Rasylan bertemu dengan En. Muaz al-Khalibi yang memintanya melakukan ujian DNA. Dia mendapati bahawa dia adalah anak En. Muaz hasil daripada perhubungan haram antara En. Muaz dengan seorang warga Indonesia.

  1. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jeffri membawa isterinya ke hospital Intan Maliana pada pukul empat pagi setelah Intan Maliana mengadu sakit hendak bersalin. Jeffri ditemani oleh anaknya Intan Julia serta Mak Cik Noraini. Intan Julia datang dengan memakai baju tidur sehinggalah pulang keesokan harinya. Jeffri, Intan Julia dan Mak Cik Noraini terpaksa menunggu Intan Maliana melalui pembedahan untuk melahirkan anak. Dia melahirkan anak kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma. Dia dimasukkan  ke ICU. Jeffri menguruskan jenazah dua anak lelaki kembar siam utuk dibawa pulang dan diuruskan pengkebumian. Semasa Intan Maliana koma, Jeffri dan Intan Julia sering datang melawatnya. Suzie juga pernah datang bersama Jeffri dan Intan Julia.

  1. Gelanggang tenis.

Intan Julia datang ke gelanggang tennis untuk bermain tennis bersama bapanya Jeffri. Di sinilah Intan Julia berkenalan dengan Aisyah yang merupakan seorang pelajar bapanya. Aisyah datang ke gelanggang itu juga untuk bermain tenis. Intan Julia tidak senang dengan perhubungan bapanya dengan Aisyah. Selepas minum, Aisyah terus mengajak bapanya pulang. Sekali lagi Intan Julia datang ke gelanggang tenis bersama Aisyah. Aisyah telah mengajak Intan Julia untuk bermain tenis bersamanya. Pada hari yang sama bapanya membawa ibunya Intan Maliana pulang dari hospital. Daripada peristiwa itu Intan Julia sudah mula menyenangi Aisyah.

B) LATAR MASA

Perjalanan keseluruhan peristiwa dalam novel ini berlaku dalam beberapa tahun sahaja. Bermula semasa Intan Julia berusia 16 tahun iaitu semasa berada di tingkatan empat di Sekolah Seri Gading. Antara peristiwa penting yang berlaku pada masa ini ialah gambaran keintiman perhubungan suami isteri antara Jeffri dan Intan Maliana. Keintiman itu membuatkan Intan Julia berasa meluat dan cemburu. Mak Cik Noraini mengimbas kembali hubungan Jeffri dengan Intan Maliana yang mengajar di sekolah yang sama. Mereka tajuh cinta dan berkahwin setelah Jeffri kecewa sebanyak dua kali. Jeffri dan Intan Maliana juga menyatakan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua setelah 16 tahun tidak mengandung. Berita itu telah menimbulkan konflik dan merisaukan Mak Cik Noraini. Semasa ini juga Intan Julia berkenalan dengan Aisyah di gelanggang  tennis ketika dia bermain tennis bersama bapanya.

Semasa Intan Julia berada di tingkatan lima, terdapat peristiwa penting yang berlaku dalam novel ini. Intan Maliana mengadu sakit hendak bersalin. Jeffri membawanya ke hospital dengan ditemani oleh anaknya Intan Julia serta Mak Cik Noraini. Intan Maliana melalui pembedahan untuk melahirkan anak. Dia melahirkan anak kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma. Dia dimasukkan  ke ICU. Semasa di tingkatan lima juga Intan Julia berkenalan dan semakin rapat dengan pelajar yang baru berpindah ke sekolah itu iaitu Rasylan. Hubungan itu t idak disenangi oleh bapanya Jeffri kerana Rasylan anak luar nikah yang tidak dikenahui asal keturunan. Rasylan datang ke ruman Intan Julia. Jeffri bertanya soalan dengan sinis menyebabkan Rasylan rasa terhina. Jeffri juga telah membawa Intan Maliana pulang ke rumah supaya dia dapat menjaganya setiap masa.

Semasa Julia belajar di UIA juga berlaku beberapa peristiwa penting. Antaranya ialah pertemuan Intan Julia dengan Rasylan semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Hubungan mereka semakin intim dan mereka sering berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan kisah hidup. Intan Julia juga terserampak dengan bapanya bersama Aisyah sedang makan dan bermesra sebanyak tiga kali di tempat yang berasingan. Intan Julia meragui hubungan bapanya dengan Aisyah menyebabkan Intan Julia marah kepada bapanya. Intan Julia menuduh bapanya curang kepada ibunya Intan Maliana menyebabkan dia telah ditempeleng oleh bapanya. Intan Julia akhirnya membenarkan bapanya berkahwin dengan Aisyah dengan hati yang berat. Ibunya sedang dan membuka mata. Namun dia terkejut dan marah apabila Jeffri memperkenalkan Aisyah. Dia sakit dan meninggal dunia.

Dari segi latar waktu, terdapat beberapa peristiwa yang dilatari oleh latar waktu tertentu dalam novel ini.  Antaranya ialah pada waktu petang. Peristiwa yang jelas pada waktu ini ialah peristiwa Intan Julia bermain tennis di gelanggang tennis bersama bapanya. Pada masa ini Julia berkenalan dengan Aisyah, seorang pelajar bapanya. Kali ke dua Intan Julia bermain tennis dengan Aisyah apabila Aisyah mengajaknya bermain tennis bersama. Walaupun dia menolak, namun dia didesak oleh bapanya untuk keluar bermain bersama Aisyah. Satu peristiwa jelas berlaku pada waktu malam. Intan Julia mendapati bapanya sedang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Intan Julia dapat meneka bahawa bapanya ingin berkahwin lagi dengan Aisyah. Dia telah membantah dan menuduh bapanya curang. Tuduhan itu menyebabkan Intan Julia ditempeleng oleh bapanya. Intan Julia kecewa dan marah. Dia masuk ke bilik dan tertidur hingga pagi. Intan Maliana sedar juga pada waktu malam selepas waktu maghrib. Namun telah meninggal tidak lama selepas itu setelah dia diperkenalkan kepada Aisyah oleh suaminya Jeffri.

C) LATAR MASYARAKAT        

1.

  • Masyarakat Melayu yang hidup di bandar.  Mereka diwakili oleh keluarga Jeffri termasuklah isterinya Intan Maliana,
  • anaknya Intan Julia dan pembantu rumahnya Mak Cik Noraini.
  • 2.     Masyarakat pendidik. Sebelum nejadi pensyarah, Jeffri juga seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama dengan Intan Maliana iaitu Sekolah Seri Gading. Mereka mengajar di sekolah yang sama sejak sebelum mereka kahwin. Kemudian Jeffri menjedi pensyarah di Kolej Iktisas. Aisyah merupakan salah seorang daripada pelajar Jeffri di kolej itu. Manakala Intan Maliana terus mengajar di sekolah berkenaan sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kemudian koma dan meninggal dunia.

3.    Masyarakat pelajar  Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar. Semasa di tingkatan lima, Rasylan telah berpindah ke sekolah itu dan mereka berkenalan. Mereka telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan siswi setelah mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran di situ setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mereka belajar di situ selama beberapa tahun sehingga ke kampus induk UIA.

4.    

  • Masyarakat yang penyayang.  Pengarang mengungkapkan  ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Oleh sebab sifat kasih sayang yang menebal dalam dirinya membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini walaupun isterinya sedang koma. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum  serta pelajaran Intan Julia.
  • 5

5.    Masyarakat bertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

6.

  • Masyarakat setia kepada suami dan isteri. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan. Intan Maliana mengandung anak kedua atas permintaan Jeffri setelah enam belas tahun tidak mengandung. Dia sedar bahawa dia berhadapan dengan risiko kehilangan nyawa. Namun oleh kerana setia dan sayang kepada suaminya Jeffri, dia meneruskan hasrat itu.  Jeffri pula tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
  • 7.

7.     Masyarakat yang tekun dan rajin belajar. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia dan Rasylan belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan tekun dan mencari bahan-bahan rujukan yang mencukupi. Mereka juga seriing berjumpa dan  berbincang tentang pelajaran, tugasan, membeli buku dan saling menasihati. Intan Julia yakin berjaya setiap kali peperiksaan semester yang dilaluinya.

8.       Masyarakat yang perpendirian tegas. Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Demikian juga setelah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Intan Julia tetap tidak mudah untuk menerima dan mempercayai Asiyah sebagaimana yang telah dipesan oleh ibunya Intan Maliana. Demikian juga dengan Rasylan. Dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya.

TEKNIK

A) TEKNIK PLOT

  1. Teknik imbas kembali. Pengarang meneritakan beberapa peristiwa kecil di beberapa tempat sepanjang plot novel ini.  Antara peristiwa yang diimbas kembali dalam novel ini ialah jodoh pertemuan antara Jeffri dengan Intan Maliana.  Kisah ini diceritakan oleh Mak Cik Noraini kepada Intan Julia. Jeffri telah kecewa sebanyak dua kali. Apabila mengajar di Sekolah Seri Gading dia berkenalan dengan Intan Maliana. Mereka saling jatuh cinta dan berkahwin. Intan Julia juga mengimbas kembali peristiwa ibunya mabuk darah setelah melihat darah dari jarinya yang luka. Dia terpaksa di bawa ke hospital oleh Jeffri. Mak Cik Noraini juga mengimbas kembali peristiwa kelahairan Intan Julia. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing.
  1. Suspens. Pembaca dan watak Jeffri serta Intan Julia berasa suspens setelah Intan maliana dibawa ke hospital. Mereka dan pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana selamat melahirkan anak atau sebaliknya terutamanya setelah Intan Maliana terpaksa melalui suatu pembedahan untuk melahirkan bayi itu. Persoalan terjawab juga akhirnya apabila doktor memberitahu bahawa anak yang dilahirkan berupa anak kembas siam dan telah meninggal semasa dalam kandungan. Manakala Intan Maliana telah koma dan dibawa ke ICU. Ekoran daripada itu juga, pembaca dan watak Jeffri dan Intan Julia berasa  suspens tentang kesihatannya dan bila dia akan sedar.
  1. Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Pembaca dan watak Intan Julia berasa terkejut dengan tindakan Jeffri yang menempeleng Intan Julia di rumah mereka kerana selama ini , bapanya tidak pernah berkelakuan demikian. Bapanya bertindak demikian setelah Intan Julia menuduh bapanya berlaku curang kepada ibunya setelah melihat perhubungan bapanya dengan Aisyah. Akibat daripada tindakan itu, Intan Julia pulang ke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Pembada serta watak Jeffri dan Intan Julia juga terkejut dengan reaksi Intan Maliana. Intan Maliana sekonyong-konyong membuka mata dan kemudian meminta ‘pizza’. Namun sekali lagi mereka mengalami kejutan apabila Intan Maliana sakit dan meninggal dunia beberapa minit kemudian. Selain itu, pembaca juga terkejut dengan tindakan Rasylan yang cuba mengucup bibir Intan Julia tetapi ditolak oleh Intan Julia kerana menyedari perbuatan itu salah di sisi agama.

B) TEKNIK PENCERITAAN

  1. Teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung melalui watak ‘aku’. Contohnya sejak awal cerita pengarang telah menggambarkan suasana mesra antara Jeffri dengan isterinya Intan Maliana. Mereka bermesra sambil memetik sayuran yang ditanam di halaman rumah mereka. Pengarang juga menceritakan tentang sikap Jeffri yang diam sahaja semasa menuju ke hospital selepas mengambil Intan Julia sari sekolah. Mereka pergi melawat Intan Maliana dengan diikuti oleh Cikgu Suzie. Mereka naik ke tingkat tujuh. Jeffri terus menyarungkan pakaian khas dan terus menemui isterinya diikuti oleh Intan Julia.
  1. Teknik dialog. Dalam novel ini  pengarang telah menggunakan teknik ini untuk menggambarkan peristiwa dan  perasaan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Mak Cik Noraini dengan Intan Julia. Mak Cik Noraini menceritakan kisah pertemuan Jeffri dengan Intan Maliana.  Apabila mengajar di Sekolah Seri Gading Jeffri berkenalan dengan Intan Maliana. Mereka saling jatuh cinta dan berkahwin. Mak Cik Noraini juga bercerita tentang peristiwa kelahiran Intan Julia.
  1. Teknik monolog dapat diperhatikan dengan jelas pada halaman 7. Intan Julia mengomel sendirian semasa pulang dari sekolah sendirian. Ibunya sakit dan terpaksa pergi ke hospital. Intan mengomel bahawa ibunya tidak memberikan amaran terlebih dahulu sebelum ibunya sakit.  Pada halaman 9 pula, Intan Julia bermonolog tentang tindakan Mak Cik Noraini yang ingin menceritakan kisah ibu dan bapanya.

PENGAJARAN

  1. Seseorang bapa dan suami hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan baik terhadap keluarga. Contohnya Jeffri telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia menjaga kesihatan isterinya denganbaik semasa mengandung. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.
  1. Seseorang anak memahami perasaan ibu bapa.  Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain tanpa memahami perasaan bapanya yang sunyhi dan memerlukan seseorang sebagai teman hidup. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Malah dia telah menuduh bapanya curang terhadap ibunya sehingga menimbulkan kemarahan bapanya Jeffri. Intan Julia ditempeleng oleh bapanya pada malam itu. Setelah bapanya menjelaskan keadaan sebenar barulah Intan Julia memberikan keizinan kepada bapanya untuk berkahwin dengan hati yang berbelah bahagi.
  1. Seseorang pelajar juga haruslah belajar dengan rajin dan tekun untuk menjamin kejayaaan pada masa hadapan. Contohnya Intan Julia dan Rasylan tekun dan rajin belajar sehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA.
  1. Kita hendaklah tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contoh yang jelas ialah kesabaran Jeffri menanti isterinya Intan Maliana sedar daripada koma. Sekal dari Intan Julia berada di tingkatan lima hingga Intan Julia melanjutkan pelajaran ke kampus induk UIA Jeffri tetap sabar menanti sambil berdoa. Dia juga dengan sabar memberikan semangat kepada Intan Maliana dengan menceritakan pengalaman dan harapannya kepada Intan Maliana walaupun Intan Maliana sedang koma. Dia dapat  bersabar dengan hidupnya tanpa teman telah menolak cadangan Mak Cik Noraini agar berkahwin lagi.
  1. Kita hendaklah berserah kepada takdir dan ketentuan-Nya. Jeffri dan Intan Maliana berserah kepada takdir dengan apa yang bakal berlaku semasa Intan Maliana melahirkan anak kelak. Nasihat itu diberikan oleh Jeffri apabila Intan Maliana meluahkan rasa risaunya kepada Jeffri. Selain itu, Jeffri telah menasihatkan agar Intan Maliana menjaga kesihatan denganbaik dengan mengikut segala nasihat daripada doktor. Jeffri juga menerima takdir bahawa anak lelakinya kembar siam dan telah meninggal dalam kandungan. Dia tidak menangis dengan apa yang berlaku.
  1. Kita janganlah melanggar hokum agama dan melakukan dosa. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui tindakan En. Muaz al-Khalibi yang melakukan hubungan luar nikah dengan seorang wanita warga Indonesis. Hasil daripada hubungan itu, wanita warga Indonesia telah melahirkan seorang anak dan teah ditinggalkan di tepi longkang dengan niat supaya anak itu mati. Perbuatan itu telah membuatkan Rasylan terhina kerana dialah anak itu. Intan Julia juga menolak apabila Rasylan ingin mengucup bibirnya. Dia sedar bahawa perbuatan itu menyalahi hokum agama.
  1. Kita juga janganlah memandang hina kepada anak luar nikahkerana mereka tidak berdosa. Sebaliknya kewujudan mereka adalah hasil daripada dosa orang lain. Jeffri digambarkan memandang hina anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya,  Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan rasa terhina.

NILAI 

  1. Kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya.
  1. Ketekunan dan kerajinan dalam menuntut ilmu sehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia rajin mengulangkaji sehingga dia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Mereka telah berjaya dalam setiap peperiksaan semester yang dilaluinya.
  1. Berfikiran positif  Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz al-Khalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu.
  1. Tanggungjawab melalui watak Jeffri. Dia telah memberikan sokongan semangat kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia sentiasa memastikan kesihatan Intan Maliana berada dalam keadaan baik semasa mengandung.  Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah.

 5.     

  • Kesetiaan kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan.  Intan Julia pernah     mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
  1. Berdikari. Nilai ini digambarkan melalui watak Rasylan. Dia sedar dengan keadaan dirinya yang hanya sebagai seorang anak angkat kepada Datuk Muhaimin. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain.
  1. Ketegasan dalam mempertahankan pendirian. Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s