SOALAN LATIHAN

Bahasa Melayu Kertas 2 PMR

MENJAGA KESIHATAN DIRI

Berdasarkan gambar di bawah huraikan langkah –langkah menjaga kesihatan diri. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

MENJAGA KESIHATAN DIRI
logo3

MENGAMBIL MAKANAN BERKHASIAT
MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
BERIADAH
MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN

CONTOH JAWAPAN

Kesihatan diri amat penting kerana orang yang sihat akan hidup dengan ceria dan gembira.Terdapat pelbagai langkah menjaga kesihatan diri yang perlu diamalkan.
Langkah pertama menjaga kesihatan diri adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat mengikut jumlah kalori yang ditetapkan. Kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang manis dan berlemak.
Seterusnya, kita perlu menjaga kebersihan diri seperti mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari,menggosok gigi dan memakai pakaian yang bersih. Jika kita sentiasa bersih kita akan lebih yakin dan ceria menjalani kehidupan.
Di samping itu, kita perlu bersenam dan beriadah sekurang – kurangnya tiga kali seminggu selain menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat mengelakkan kita daripada menghidap penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan diabetis.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting bagi setiap orang agar dapat melahirkan rakyat yang sihat bertepatan dengan slogan rakyat sihat negara maju.

( 117 patah perkataan)
Sumber : Bahan Kursus 2Q PPD Hulu Langat Tahun 2012

SOALAN SOALAN 2 (LATIHAN PENULISAN)

TAJUK – KEBURUKAN AMALAN MEROKOK

UNTUK MENCETAK LATIHAN, KLIK DI BAWAH INI..

klinik BM PMR

MODUL PENULISAN

Huraikan keburukan amalan merokok.

Langkah-langkah penulisan

Pengenalan : – Kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak Merokok – gagal
Amalan merokok merupakan fenomena biasa dalam kalangan masyarakat
Kesan yang amat buruk kepada diri, keluarga, ekonomi dan alam persekitaran

Isi Pertama : (Isi) – Kesihatan diri perokok akan terjejas
(Huraian) – Terdedah dengan pelbagai penyakit
(Contoh) – paru-paru, jantung, batuk kering, asma, lemah daya ingatan
(Kesan) – kematian meningkat

Isi Kedua : (Isi) – Pembaziran wang ringgit
(Huraian) – Harga sekotak rokok mahal – kerajaan meningkatkan cukai ke atas rokok
(Contoh) – Sekotak rokok berharga RM6 ke atas
(Kesan) – Wang dibakar secara sia-sia

Isi Ketiga (Isi) – Kesihatan orang di kawasan persekitaran terjejas
(Huraian) – Mereka menanggung risiko yang buruk jika terhidu asap rokok
(Contoh) – Wanita hamil- risiko anak yang dikandung turut mendapat penyakit
(Kesan) – Masyarakat yang tidak sihat

Kesimpulan : Kerajaan perlu bertindak lebih tegas – mengharamkan rokok
Semua pihak perlu menggembleng tenaga – sedar bahaya rokok

SOALAN LATIHAN TATABAHASA

KLIK DI SINI

PROGRAM KELAS TAMBAHAN

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s